Pengenalan

PENGENALAN BLOG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Hari ini 1 Ramadhan  1431H, iaitu hari pertama  berpuasa bagi wilayah kami, satelah solat dhuha dan tilawah Al-Quran, saya cuba menghasilkan satu blog khusus untuk Puasa secara berperingkat, semata-mata untuk menghayati dan menyampaikan ilmu-ilmu mengenainya yang saya ketahui, kerana menyembunyikan ilmu itu berdosa, justeru pula memuliakan bulan tercinta Ramadhan yang penuh berkat, dimana rahmat mencurah-curah, pahala berganda-ganda, peluang dosa-dosa  terampun, rezqi disana-sini dan kesabaran bertahta lantaran nafsu terkawal, malahan syaithan dibelenggu dibulan ini. Alhamdulillah....

Akhirnya, mudah-mudahan anda beroleh hidayah dan berkat hasil dari pengamatan blog ini. Didalam blog ini mengandungi beberapa ``page`` untuk memudahkan rujukan kepada yang berkehendak kepadanya.saperti :
    • Kewajipan Puasa
    • Rukun Puasa
    • Syarat Sah Puasa
    • Sunat-Sunat Puasa
    • Adab-Adab Berpuasa
    • Terawih
    • Witir
    • Tadarus 
    • Lailatul Qadar
    • Zakat Fitrah
(((((وسلام )))))