Wednesday, August 25, 2010

Adab Puasa

Adab Puasa


TIADA SAH puasa Ramadhan itu melainkan jika berniat pada malam Ramadhan. Hendaklah ia berniat pada tiap-tiap malam saperti :

 `` Sahaja ku puasa esok hari daripada menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta`ala ``

BATAL  puasa sebab makan dan minum dan jama` pada hal disenghaja, tiada batal puasa itu jika lupa atau di gagahi orang.

BATAL puasa juga dengan kedatangan haidh atau nifas pada perempuan atau mengeluarkan mani dengan senghaja dengan sebab mencium isterinya dengan syahwat atau dengan sebab memegang-megang isterinya dengan syahwat atau dengan sebab senghaja menyentuh kemaluan, kecuali dengan lupa atau dengan tergagahi maka tiada batal puasanya.

MAKRUH bagi orang yang puasa itu membuang darah dan berlebih bergurau-gurau, berlebih memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil air sembahyang.

MAKRUH  bagi orang yang puasa it bersewak selepas gelincir matahari.

SUNNAH bagi orang yang puasa itu menyegerakan berbuka dan mentakhirkan sahur.

Dan SUNNAH juga berbuka dengan khurma,  jika tiada khurma maka dengan sesuatu yang manis, jika tiada dapat yang demikian itu maka SUNNAH berbuka dengan air.

SUNNAH membaca doa ini ketika berbuka :

`` Ya Allah kerana Engkau aku berpuasa dengan Engkau aku beriman dan kepada Engkau aku berserah diri dan diatas  rezqi Engkau aku berbuka; maka ampunilah aku.``

SUNNAH mandi jenabah sabelum terbit fajar.

SUNNAH mengekali atas sembahyang Terawikh iaitu dua puloh (20) raka`at iaitu memberi salam tiap-tiap dua (2) raka`at.

SUNNAH membanyakkan memberi sedekah dan membaca Quran dan zikir.




((( * Wabillaahittaufiq *)))


No comments:

Post a Comment