Wednesday, August 25, 2010

Adab Puasa

Adab Puasa


TIADA SAH puasa Ramadhan itu melainkan jika berniat pada malam Ramadhan. Hendaklah ia berniat pada tiap-tiap malam saperti :

 `` Sahaja ku puasa esok hari daripada menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta`ala ``

BATAL  puasa sebab makan dan minum dan jama` pada hal disenghaja, tiada batal puasa itu jika lupa atau di gagahi orang.

BATAL puasa juga dengan kedatangan haidh atau nifas pada perempuan atau mengeluarkan mani dengan senghaja dengan sebab mencium isterinya dengan syahwat atau dengan sebab memegang-megang isterinya dengan syahwat atau dengan sebab senghaja menyentuh kemaluan, kecuali dengan lupa atau dengan tergagahi maka tiada batal puasanya.

MAKRUH bagi orang yang puasa itu membuang darah dan berlebih bergurau-gurau, berlebih memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil air sembahyang.

MAKRUH  bagi orang yang puasa it bersewak selepas gelincir matahari.

SUNNAH bagi orang yang puasa itu menyegerakan berbuka dan mentakhirkan sahur.

Dan SUNNAH juga berbuka dengan khurma,  jika tiada khurma maka dengan sesuatu yang manis, jika tiada dapat yang demikian itu maka SUNNAH berbuka dengan air.

SUNNAH membaca doa ini ketika berbuka :

`` Ya Allah kerana Engkau aku berpuasa dengan Engkau aku beriman dan kepada Engkau aku berserah diri dan diatas  rezqi Engkau aku berbuka; maka ampunilah aku.``

SUNNAH mandi jenabah sabelum terbit fajar.

SUNNAH mengekali atas sembahyang Terawikh iaitu dua puloh (20) raka`at iaitu memberi salam tiap-tiap dua (2) raka`at.

SUNNAH membanyakkan memberi sedekah dan membaca Quran dan zikir.




((( * Wabillaahittaufiq *)))


Tuesday, August 24, 2010

Fadhilat Terawikh



Fadhilat Terawikh amat banyak satengah daripadanya :

  • Di ampunkan dosa-dosanya serta dosa ibu bapanya.
  • Berseru Malaikat dibawah `Arasy supaya kamu menunaikan solat terawikh berikutnya semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kamu.
  • Mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang membaca Taurat, Injil dan Al-Quran.
  • Di kurniakan pahala seumpama orang yang sembahyang di Masjidil-haram, Masjidil Madinah dan Masjid Aqsa.

Monday, August 23, 2010

Berpuasa Pada Bulan Ramadhan

BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN


Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah.  Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung  akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah (سبحانه وتعلى)

((~*~))

Thursday, August 12, 2010

Kewajiban Puasa

KEWAJIBAN BERPUASA

Firman Allah سبحانه وتعألي  dalam surah Al-Baqarah Ayat 183 hingga 185 yang bermaksud :

~ ((( 183 ))) ~
Wahai orang-orang yang beriman!  Diwajibkan  atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

~ ((( 184 ))) ~
(Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barang siapa diantara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya(*), wajib membayar fidyah , iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan(**), maka itu lebih baik baginya, dan puasa mu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

(*) Orang sakit berat, orang yang sangat tua, orang yang hamil atau menyusui.
(**) Memberi makan kepada lebih dari seorang miskin untuk satu hari sebanyak satu mud.

 ~ ((( 185 )))~
Bulan Ramadan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan Barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang di tinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.  Allah سبحانه وتعألي menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.  Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah سبحانه وتعألي  atas petunjukNYA yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.

~*~*~*~

Wednesday, August 11, 2010

Pengenalan Blog



PENGENALAN BLOG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Hari ini 1 Ramadhan  1431H, iaitu hari pertama  berpuasa bagi wilayah kami, satelah solat dhuha dan tilawah Al-Quran, saya cuba menghasilkan satu blog khusus untuk Puasa secara berperingkat, semata-mata untuk menghayati dan menyampaikan ilmu-ilmu mengenainya yang saya ketahui, kerana menyembunyikan ilmu itu berdosa, justeru pula memuliakan bulan tercinta Ramadhan yang penuh berkat, dimana rahmat mencurah-curah, pahala berganda-ganda, peluang dosa-dosa  terampun, rezqi disana-sini dan kesabaran bertahta lantaran nafsu terkawal, malahan syaithan dibelenggu dibulan ini. Alhamdulillah....

Akhirnya, mudah-mudahan anda beroleh hidayah dan berkat hasil dari pengamatan blog ini. Didalam blog ini mengandungi beberapa ``page`` untuk memudahkan rujukan kepada yang berkehendak kepadanya.saperti :
    • Kewajipan Puasa
    • Rukun Puasa
    • Syarat Sah Puasa
    • Sunat-Sunat Puasa
    • Adab-Adab Berpuasa
    • Terawih
    • Witir
    • Tadarus 
    • Lailatul Qadar
    • Zakat Fitrah
(((((وسلام )))))


Bulan Ramadhan

 BULAN RAMADHAN (رمضان)